Connect with us

Oh! Media

Tersebar Dakwaan Tidak Lengkap ‘Booster’ Tidak Boleh Masuk Masjid, “Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak”

masjid

COVID-19

Tersebar Dakwaan Tidak Lengkap ‘Booster’ Tidak Boleh Masuk Masjid, “Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak”

Semalam, tular video memaparkan beberapa jemaah Masjid yang kecewa kerana niat mereka untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid terhalang.

ADVERTISEMENT

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, ramai yang mempersoalkan ‘syarat’ baru yang dikuatkuasakan pihak masid seakan-akan ‘menghalang’ orang ramai untuk menunaikan kewajipan mereka.

Malah, dilihat ramai jemaah yang tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid kerana tidak lengkap vaksin dos penggalak.

@fiqsudiin ade booster baru solat sah #foryoupage #fyp #fypシ #dakwah_islam ♬ original sound – ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ

Tak boleh masuk masjid, terpaksa solat jumaat di luar, sabar wahai umat Islam.

Bukan itu sahaja, mereka turut dilihat membentangkan sejadah di luar perkarangan masjid demi menunaikan tanggungjawab mereka tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan undang-undang baru yang dikuatkuasakan itu.

Cukup jarakkan je tak perlu laa sampai tak bagi masuk masjid. – Tulis seorang pengguna TikTok.

Dah macam syarat sah solat pulak, dah ambil booster baru boleh solat di masjid. – Tulis seorang lagi netizen.

Kita harapkan perkara ini dapat diperhalusi semula. Kita sebagai rakyat boleh mengikuti arahan yang diberikan kerajaan selagi ia sesuai dengan situasi.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas