Trending
Plot Twist! Lelaki Hilang Lepas COD iPhone Rupanya Lari Dari Pemungut Hutang
Oleh
Aduh plot twist lagi ke? Sebelum ini tular di media sosial satu isu di mana seorang lelaki bernama Muhammad Daniel Haikal dilaporkan hilang selepas COD telefon kepada seorang pembeli di Pulau Pinang.
Tunang kepada lelaki itu meminta pertolongan orang ramai untuk menjejak tunangnya yang dikatakan sempat video call sambil menangis ketakutan. Lepas daripada itu, tunangnya tak dapat dihubungi sebab telefon habis bateri.

Ibu saudara lelaki itu pun turut buat hebahan di media sosial berdoa semoga anak saudaranya itu selamat.
Selepas empat hari, lelaki itu balik ke rumah dikatakan diselamatkan oleh abang lori. Bila dah kecoh satu Malaysia, pihak polis pun menggesa lelaki itu tampil buat laporan.

Hasil siasatan, lelaki itu rupa-rupanya melarikan diri atau bersembunyi daripada pengutip hutang! Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ianya berdasarkan keterangan yang dibuat lelaki berusia 27 tahun semasa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya. Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.
Satu Malaysia kena tipu ke ni? Macam ini pun ada.
Kredit: Harian Metro
