Connect with us

Oh! Media

Pesara Rugi RM109,500 Terjerat Skim Pelaburan Libatkan Suami Selebriti Bergelar Datuk Seri

Ohmedia investment

Trending

Pesara Rugi RM109,500 Terjerat Skim Pelaburan Libatkan Suami Selebriti Bergelar Datuk Seri

Siapa sangka wang persaraan yang dikumpul bertahun-tahun akhirnya lesap selepas terjebak dengan skim pelaburan dikaitkan dengan suami seorang selebriti terkenal bergelar Datuk Seri.

Memetik laporan Kosmo!, seorang pesara mendakwa rugi RM109,500 selepas terperangkap dalam skim pelaburan itu selepas diperkenalkan oleh kenalannya pada 29 Januari 2023.

Pesara dakwa menjadi mangsa suami selebriti berpangkat Datuk Seri

Skim Pelaburan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bekas pekerja pelantar minyak itu bersetuju untuk mendengar penerangan daripada ejen pemasaran skim pelaburan tersebut secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting.

IKLAN

Mangsa mendakwa penerangan mengenai skim pelaburan itu diberikan oleh suami selebriti berpangkat Datuk Seri.

Janji keuntungn 18% setahun

Datuk Seri

Selepas mendengar penerangan, pesara tersebut bersetuju untuk melabur dalam satu pakej berjumlah RM150,000 yang menjanjikan pulangan lumayan iaitu 18 peratus setahun selama tiga tahun.

Pada peringkat awal, mangsa sempat menerima keuntungan berperingkat sebanyak RM40,500 seperti yang dijanjikan.

Namun, semuanya berubah apabila pembayaran keuntungan tersebut terhenti bermula 29 Oktober tahun lalu.

Mangsa akhirnya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Pastikan kita semak latar belakang pelaburan dan jangan mudah percaya hanya kerana ada nama besar atau gelaran digunakan. Wang persaraan adalah hasil kerja keras kita, jadi jagalah sebaik mungkin!

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas