Connect with us

Oh! Media

Perompak Ditahan Ketika Sedang Tidur Lena Di Rumah Mangsa

Cdc8bf12 9659 4595 9a4a effeb083306d

Trending

Perompak Ditahan Ketika Sedang Tidur Lena Di Rumah Mangsa

Baru-baru ini, seorang perompak lelaki tidak sempat untuk melarikan apa-apa barang, bahkan dia ditahan ketika dia sedang tidur lena di sebuah bilik pemilik rumah yang ingin dicerobohnya. Menurut laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku pada 22 Mac lepas di wilayah Phetcabun, Thailand.

Niatnya ingin mencuri barangan berharga tidak kesampaian kerana terlalu penat. Difahamkan juga yang perompak itu berlegar-legar di sekitar kawasan rumah sebelum memecah masuk.

Pemilik rumah yang sedar bahawa terdapat perompak yang sedang tidur tidak fikir panjang dan terus menelefon pihak polis. Sementara menunggu pihak polis sampai, pemilik rumah biarkan perompak tersebut tidur. 

IKLAN

Tidak lama kemudian, pegawai polis tiba dan terus menjerit dengan kuat bagi menyedarkan perompak berkenaan. Perompak terjaga dan kelihatan bingung selepas dirinya ditahan polis dengan sangat mudah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas