Connect with us

Oh! Media

Pernah Jaga Di ICU, Nurse Tak Sangka Lelaki Terlantar Koma Sembuh Tahap Ini

Trending

Pernah Jaga Di ICU, Nurse Tak Sangka Lelaki Terlantar Koma Sembuh Tahap Ini

Sebelum ini, viral kisah pengorbanan seorang isteri menjaga suami terlantar koma hampir enam bulan akibat kemalangan jalan raya.

ADVERTISEMENT

Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, Siti Rohayu tidak putus asa merawat suaminya, Muhamad Ridhwan sehingga sembuh sepenuhnya.

BACA: Pernah Viral Suami Terlantar Sakit, Kini Pulih Selepas 5 Tahun

Di TikTok, perkongsian Siti Rohayu bersama suami menarik perhatian seorang jururawat. Jururawat tersebut sebelum ini pernah menjaga Muhamad Ridhwan di Wad 2 Delima, Unit Rawatan Rapi Neuro Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Dia sendiri tidak menyangka Muhamad Ridhwan yang terlantar koma boleh sembuh sampai tahap itu.

@sitirohayu303 KEHEBATAN CINTA DARI DIA #fyp #fypシ ♬ original sound – 💄Babyasyikin💋

Perkongsian itu sehingga ini meraih hampir 500,000 tontonan dan 900 komen daripada netizen. Rata-rata bersyukur melihat suaminya sihat seperti sediakala.

koma

Netizen turut memuji kesetian Ayu menjaga suami dan anak-anak walaupun pernah berdepan fitnah besar sebelum ini. Meninjau ke Instagram, Ayu dan suaminya yang lebih mesra disapa Abi sering meluangkan masa bersama anak-anak.

Kredit: TikTok @sitirohayu303 | Instagram wanayu303

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas