Trending
Perkongsian Terbaru Datin Red Undang Sebak Ramai
Sebelum ini bekas isteri pertama kepada Datuk Red iaitu Syarifah Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red memaklumkan yang dia kini dalam keadaan baik-baik sahaja walaupun kecoh mengenai apa yang dirancang bekas suami bersama bekas madunya itu.
BACA: Ini Respon Datin Red Mengenai Dakwaan Datuk Red Dan Adira Suhaimi Rancang Kahwin Kali Kedua?
Terbaru! Menerusi TikTok, Datin Red memuat naik satu video menunjukkan dirinya sedang mengemas almari bekas suaminya itu dengan memasukkan pakaian Datuk Red ke dalam beg dan kotak.
Kalau korang tengok video itu, nampaklah yang Shafila merenung ke arah almari dengan pandangan sayu apabila telah mengosongkannya.
Separuh jiwaku pergi.
Bekas isteri Datuk Red itu juga menggunakan audio yang menceritakan tentang kekuatan, kesabaran dan kasih sayang Allah SWT dalam video itu.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Datin Red dan ada juga yang berkongsi kisah sedih yang dilalui mereka.
Apapun, semoga Syarifah Norshafila terus kuat untuk menjalani kehidupan yang mendatang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Tiktok Syarifah Norshafila
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM