Connect with us

Oh! Media

“Perempuan Kadang Tak Matang, Yang Dia Nak Adalah Perhatian Suami” – Madammu

Ohmedia madammu

Trending

“Perempuan Kadang Tak Matang, Yang Dia Nak Adalah Perhatian Suami” – Madammu

Hangat diperkatakan kini mengenai topik nafkah dalam hubungan rumah tangga. Usahawan jelita, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri juga tidak terlepas daripada disoal mengenai isu tersebut.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, beliau menjelaskan bahawa nafkah perlu diberikan mengikut kemampuan suami, dan para isteri seharusnya menerima dengan ikhlas.

Menurut Madammu, penting bagi para isteri untuk mengetahui kemampuan kewangan suami sejak awal perkahwinan.

IKLAN

Beliau menekankan bahawa menerima tahap kewangan suami adalah sebahagian daripada keikhlasan dalam hubungan.

You kahwin awal-awal, you dah tahu dah level kewangan suami you paras mana. So apabila dah tahu, maksudnya you dah reda, terima.

Namun bagi Madammu yang mempunyai pendapatan sendiri, beliau lebih mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada suami berbanding wang ringgit.

Madammu

Orang tanya I sekarang, TP (suami) bagi nafkah ke tak? Macam ni tau, bila dah ada duit sendiri macam Madammu, I tak nak duit dah dengan TP. I nak perhatian dan kasih sayang. Ada sesetengah orang dia tak bekerja jadi dia memang bergantung dekat suami.

Madammu juga menekankan bahawa perhatian adalah sesuatu yang sangat penting dalam perkahwinan, terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.

TP jenis melayan, itu je yang I nak. Perempuan ni kadang kala tak matang, kebudak-budakan. Jadi dia nak suami dia pujuk dan menangis…beremosi bersama.

Jelasnya, suaminya seorang yang sangat mudah bila diajak keluar bersiar-siar. Suaminya tidak pernah menolak permintaannya untuk kemana-mana membuatkan dirinya rasa cukup dan disayangi.

Ohmedia madammu

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @miss_tyra.n014750


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas