Connect with us

Oh! Media

“Saya Nak Dapatkan Seorang Anak Bukan Senang” – Madammu Tak Kisah Dikritik Gemuk Selepas Lahirkan Anak Lelakinya

Ohmedia  Madammu

Oh! Artis

“Saya Nak Dapatkan Seorang Anak Bukan Senang” – Madammu Tak Kisah Dikritik Gemuk Selepas Lahirkan Anak Lelakinya

Bukan senang bagi setiap pasangan untuk dikurniakan cahaya mata, ada yang sanggup tunggu bertahun ada juga yang telah menghabiskan ribuan ringgit untuk melakukan proses IVF.

Begitulah yang dihadapi usahawan jelita Madammu, di mana dia telah mengorbankan apa sahaja termasuklah wang, masa dan fizikalnya demi seorang cahaya mata.

Menerusi live di TikToknya, salah seorang warga maya meninggalkan komen berbaur negatif tentang bentuk badan Madammu yang dikatakan sudah berubah dan gemuk.

IKLAN

Namun, respon Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri sama sekali tidak kisah jika berat badannya naik kerana hamil dan melahirkan anak lelakinya, Ahmad Kayden.

Tak apa lah kalau saya gemuk macam ni sebab saya melahirkan seorang baby, saya okay. Sebab saya nak dapatkan seorang baby pun bukan senang.

Madammu

Ujarnya lagi, dia telah melalui proses yang tidak sama seperti wanita-wanita lain untuk mendapatkan cahaya mata selain banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi anaknya.

Saya habiskan RM200,000 untuk seorang baby, itu belum lagi dia punya perbelanjaan. Perbelanjaan bilik dia sahaja RM200,000.. dah jadi RM400,000.

Bukan duit sahaja, air mata, masa tidur..saya korbankan untuk dapat baby tu. Jadi kalau saya gemuk macam ni apa salahnya?

Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri pada tahun 2015 yang telah memiliki tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan terdahulu.

BACA: “Lepas Kaya Tiba-Tiba Introvert” – Netizen Sindir Madammu Gara-Gara Beli Semua Seat Di Panggung Wayang

Terdahulu, Madammu menarik perhatian ramai apabila dia bertindak menyewa satu panggung wayang untuk menonton filem.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas