Trending
Penyewa Tinggalkan Babi Di Rumah Sewa Sejak Jun Sebelum Pindah
Penyewa tergamak meninggalkan babi peliharaannya sebelum keluar dan berpindah dari rumah yang disewanya. Kejadian ini berlaku sebuah di rumah teres dua tingkat di Tasek Mutiara, Simpang Ampat.
BACA : Monyet & Biawak Dipanah, Polis Sahkan Terima Laporan Penganiayaan Haiwan
Menurut laporan Harian Metro, tindakan yang dibuat penyewa itu membuatkan kejiranan di kawasan oerunahan itu berasa kurang senang. Bukan tu jer, dia juga membiarkan haiwan itu kelaparan tanpa meninggalkan makanan.
Salah seorang penduduk di situ mengatakan bahawa babi itu ditinggalkan sejak Jun lagi dan jiran yang berdekatan terpaksa memberikan makanan kerana kasihan akannya.
Aduan kepada pihak pengurusan perumahan sudah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil termasuk menghubungi pemilik rumah.
Namun, sehingga hari ini haiwan berkenaan masih berada di perkarangan rumah malah pihak pengurusan memberi alasan isu itu dalam pengetahuan mereka dan tindakan sedang dijalankan.
Walaubagaimanapun, pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sudah tampil selepas aduan dibuat dan notis saman turut dikeluarkan kepada pemilik kediaman berkenaan.
Pemilik rumah itu juga dikatakan diberi tempoh selama tiga hari bagi memindahkan haiwan itu. Kesian, penyewa punya pasal pemilik rumah yang kena.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM