Connect with us

Oh! Media

azam smile

Oh! Artis

Penyanyi Azam Smile Meninggal Dunia, Ditemui Tidak Bernyawa Di Rumah

Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi, Mohamad Azam Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Azam Smile, yang ditemui tidak bernyawa di kediamannya petang semalam.

Menurut pengurusnya, Vina, dia bergegas ke rumah penyanyi berusia 38 tahun itu selepas panggilannya tidak berjawab sejak petang.

IKLAN

Kali terakhir saya berhubung dengannya sekitar jam 2 petang semalam untuk bertanya sama ada dia sudah makan tengah hari atau belum. Dia cakap sudah tempah ‘prawn macaroni’.- Katanya.

Namun, apabila Vina cuba menghubunginya semula pada jam 6.50 petang, panggilan itu tidak berjawab.

Azam Smile ditemui tidak bernyawa, pintu rumah berkunci dari dalam…

Bimbang dengan keadaan Azam, Vina segera ke rumahnya di Shah Alam dan meminta bantuan beberapa rakan lain, termasuk Zam Handy Black.

Apabila mereka tiba, pintu rumah didapati berkunci dari dalam, menyebabkan mereka terpaksa mengumpil pintu untuk masuk.

Sebaik masuk, saya lihat Azam dalam keadaan meniarap di atas katil. Tangannya sudah biru, hidungnya sejuk.- Katanya.

Vina segera menghubungi ambulans dan pihak berkuasa dan tidak lama kemudian paramedik mengesahkan Azam sudah meninggal dunia.

Punca kematian: Pembuluh darah pecah & tekanan kerja…

Pada awalnya, mereka menyangka serangan jantung menjadi punca kematian Azam, namun hasil bedah siasat di Hospital Klang mendapati pembuluh darahnya pecah.

Menurut doktor, tekanan akibat kurang tidur juga menjadi faktor yang menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Dia memang banyak kerja sebab jadi ‘content creator’ dan kerjanya sangat padat.- Jelas Vina.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Batang Rokan, Gemencheh, dan telah selamat dikebumikan petang tadi.

Untuk maklumat korang, sebelum pemergiannya, Azam baru sahaja selesai merakamkan lagu Hari Raya berjudul “Gedebak Gedebuk Raya” bersama syarikat Javs Team, termasuk muzik video untuk lagu tersebut.

azam smile

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: NST


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas