Connect with us

Oh! Media

Penjual Ayam Didakwa, Lakukan Hubungan ‘Terlarang’ Bersama Adik Ipar

Article 4 15 12

Trending

Penjual Ayam Didakwa, Lakukan Hubungan ‘Terlarang’ Bersama Adik Ipar

Kejadian di Kota Bharu, Kelantan, seorang penjual ayam didakwa melakukan sumbang mahram, iaitu mengadakan hubungan seks dengan adik ipar yang berusia 15 tahun, bulan lepas.

BACA: Kes Ugut Video Seks, Karim Benzema Terima Hukuman Penjara?

Menurut laporan Kosmo, tertuduh berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

IKLAN

Penjara 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan

Penjual Ayam
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Seksyen Kota Bharu Foto Kosmo

Tertuduh telah didakwa melakukan sumbang mahram dengan mengadakan seks bersama adik iparnya yang berusia 15 tahun di dalam sebuah rumah pada 23 November lalu.

Menurut Kosmo, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dimana hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat akan dikenakan jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam dan dakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 13 Februari 2022 untuk sebutan semula kes dan Hakim, Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas