Connect with us

Oh! Media

Peniaga Ini Tetap Jual Ayam Dengan Harga RM8.80, Mengaku Masih Ada ‘Untung’

Ayam Murah

Trending

Peniaga Ini Tetap Jual Ayam Dengan Harga RM8.80, Mengaku Masih Ada ‘Untung’

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan harga siling ayam standard ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram dan telah berkuat kuasa bermula 1 Julai. Namun, beberapa peniaga di Pantai Senok, Bachok Kelantan masih tetap jual ayam dengan harga RM8.80 kerana mengaku masih ada untung.

BACA: “Warga Asing Turut Nikmati Subsidi Ayam” – Perdana Menteri

Menerusi laporan Kosmo, seorang peniaga ayam yang dikenali sebagai Murni mengatakan dia masih menjual ayam pada harga yang murah, iaitu RM8.80 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan kerajaan, RM9.40.

IKLAN

Harga masih berpatutan

000229 1024x653 1

Menurut Murni, dia memperoleh bekalan ayam proses yang dijual dari ladang ternakan di Perak pada harga yang masih dianggap ‘berpatutan’.

Apabila dicampur dengan kos penghantaran dari sana ke Kelantan, kita masih lagi boleh menjual ayam proses di bawah paras harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Saya perlu menjual ayam proses pada harga yang mampu milik kerana semasa harganya melonjak sebelum ini, premis saya kurang menerima pelanggan yang membeli bekalan bahan mentah itu.

Murni menjangkakan ayam proses akan turun harganya ke paras RM7 sekilogram kalau masih terus berada di pasaran. Menurutnya, walaupun harga dah naik, masih ramai peniaga yang tak mengenakan caj pemotongan ayam pada saat ini.

Semoga makin ramai peniaga yang bersependapat seperti Murni dan tidak mengambil kesempatan atas kenaikan harga. Bukan apa, kesian buat mereka yang tidak memiliki duit untuk membeli barang pada waktu inflasi ni.

Semoga kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu dan meringankan beban rakyat yang dalam kesusahan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas