Connect with us

Oh! Media

Pengurus Tengking Pekerja Nak Mohon Cuti, Lebih 20 Pekerja Letak Jawatan Tanda Protes

20 pekerja

Trending

Pengurus Tengking Pekerja Nak Mohon Cuti, Lebih 20 Pekerja Letak Jawatan Tanda Protes

Kejadian berlaku di salah sebuah syarikat teknologi maklumat di London, lebih 20 pekerja telah meletakkan jawatan selepas mengetahui pengurus di syarikat mereka menengking seorang pelatih kerana mahu mohon cuti bagi menjaga kucing yang nazak.

ADVERTISEMENT

BACA: Kajian Menunjukkan Semua Sektor Bakal Naikkan Gaji Pekerja Tahun Depan

Menerusi laporan Kosmo, seorang pekerja telah menceritakan perkara tersebut di laman Reddit, dan menyatakan insiden tersebut berlaku sewaktu mereka sedang bekerja.

Boleh ambil cuti jika ‘manusia’ yang nazak

20 pekerja

Pengurus di syarikat tersebut telah menengking pelatih yang meminta cuti itu dan mengatakan dia hanya boleh mengambil cuti jika ada ‘manusia’ yang sedang nazak. Pelatih tersebut tidak dibenarkan cuti untuk menjaga kucingnya.

Tengkingan itu didengari oleh ramai pekerja kerana pengurus itu menengking secara terbuka dan sangat kuat. Lelaki tersebut juga meluahkan rasa tidak tahan bekerja di syarikat itu kerana telah memotong gaji para pekerja walaupun mendapat keuntungan yang banyak.

Insiden itu telah membuatkan ramai pekerja hilang sabar untuk terus bertahan di syarikat tersebut. Selepas beberapa pekerja telah menghantar surat berhenti, ada lagi 10 pekerja lain yang turut mahu berhenti.

Lebih 20 pekerja kemudiannya menghantar email berhenti kerja yang kemudiannya disekat oleh pengurusan syarikat bagi mengelakkan lebih ramai lagi pekerja mengambil tindakan serupa.

Saya tidak berasa simpati kepadanya kerana dia seorang yang menjengkelkan. Namun, keluarganya akan susah kerana dia tidak mempunyai skil-skil pemasaran selain Power Point.

Sungguh kejam sikap pengurus syarikat tersebut. Semoga pengurus itu dapat mengambil pengajaran dan ubah sikapnya yang bongkak dan kedekut itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas