Connect with us

Oh! Media

Pengemis Ditahan Hanya Untuk Siasatan, Tiada Kompaun Dikenakan

Trending

Pengemis Ditahan Hanya Untuk Siasatan, Tiada Kompaun Dikenakan

Arahan terkini yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ialah mana-mana individu yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikenakan denda RM 10,000.

ADVERTISEMENT

Namun, menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, sembilan wanita pengemis Palauh yang ditahan Sabtu lalu tidak dikenakan kompaun RM 10,000 sebaliknya hanya sisatan dilakukan, lapor Awani.

“Tiada kompaun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu kepada sembilan wanita Palauh sehingga kini” 

Kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan terhadap sekumpulan wanita Palauh pada Sabtu lalu. Selepas melengkapkan siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu akan merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, sekumpulan wanita ditahan ketika mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial sewaktu Ops Covid-19 dilakukan di kawasan bandar Lahad Datu.

Kredit : Astro Awani

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas