Connect with us

Oh! Media

Pengadu Dedah Di Mahkamah Tentang Ebit Lew Ada Hantar Gambar Kemaluan Dan Kata-Kata Lucah

ebit lew

Trending

Pengadu Dedah Di Mahkamah Tentang Ebit Lew Ada Hantar Gambar Kemaluan Dan Kata-Kata Lucah

Hari ini, perbicaraan kes melibatkan pendakwah selebriti, Ebit Lew di Mahkamah Tenom bersambung. Saksi pendakwaan kesembilan hari ini adalah seorang wanita dan berani tampil untuk memberikan kerjasama selepas melihat hantaran di laman sosial mengenai sesiapa yang pernah terkena gangguan seksual untuk tampil sebagai saksi.

ADVERTISEMENT

Mangsa dan suami putuskan untuk laporkan kejadian…

Saya ternampak hantaran di Facebook mengenai sesiapa yang pernah kena gangguan seksual dan boleh berhubung dengan nombor diberikan. Selepas baca mengenainya, saya dan suami ambil keputusan untuk menghubungi nombor berkenaan.

Kemudian mangsa memaklumkan kepada Fairuz yang mereka pernah menerima gangguan seksual daripada Ebit Lew.

Pada mulanya (dia) tidak mempercayai kerana kami tidak menunjukkan bukti, selepas itu saya berikan satu gambar dan dua tangkap layar teks WhatsApp barulah mereka percaya.

BACA: Pegawai Polis Dedah Ada 90 Bahan Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Ebit Lew berikan gambar kemaluan yang sama seperti mangsa-mangsa lain…

Dalam keterangan itu lagi, mangsa meminta Fairuz memberikan contoh mesej dari mangsa lain dan mendapati gangguan yang diterimanya seakan sama dengan yang lain.

Saya dapati teks dan ayat yang digunakan sama dengan yang dia WhatsApp kepada saya selama ini iaitu meminta gambar seksi dan gambar diberikan pada saya, dia berikan juga kepada mangsa lain iaitu gambar kemaluannya.

Sebaik sahaja selesai mendapatkan nasihat Fairuz, mereka memutuskan untuk membuat laporan polis di Bukit Aman memandangkan Ebit Lew orang ternama.

Dia memberikan gambar kemaluan yang bagi saya sangat tidak senonoh. Selain itu, kata-kata yang dia tulis di WhatsApp sangat keterlaluan. Bagi saya perkara itu menganggu saya sebagai perempuan.

Untuk makluman, pengadu memaklumkan semua ini di hadapan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas