Connect with us

Oh! Artis

Pegawai Polis Dedah Ada 90 Bahan Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Mesti ramai yang tertanya-tanya, masih berjalan lagi ke kes Ebit Lew ni? Senyap jer… Proses mahkamah ni memang makan masa dan sekarang seorang pegawai polis sudahpun memberitahu kepada Mahkamah Majistret tentang bahan lucah yang ditemuinya.

BACA: Kes Ebit Lew: Polis Temui Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis

IKLAN

Hari ini, pegawai itu menyatakan dia menjumpai sebanyak 90 gambar dipercayai unsur lucah. Semua ini ditemui di dalam telefon bimbit pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Ada banyak gambar dan video lucah ditemui…

ebit lew

Pegawai Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 43, berkata beliau menganalisa data itu. Kemudian ia disimpan di dalam sebuah pemacu kilat, dan hasil analisanya pada 10 Mac 2022 menemukan gambar itu serta tiga rakaman video yang turut berunsur lucah.

Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat.

Ebit Lew didakwa mengaibkan kehormatan wanita…

Untuk pengetahuan korang, Ebit kini berdepan 11 pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui WhatsApp.

Pertuduhan ini disiasat mengikut 509 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum maksimum penjara lima tahun atau denda.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani akan bersambung esok.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas