Connect with us

Oh! Media

Penerima Vaksin Sinovac Bakal Dapat Pfizer Sebagai Dos Penggalak

penerima vaksin

Trending

Penerima Vaksin Sinovac Bakal Dapat Pfizer Sebagai Dos Penggalak

Sebelum ini, kerajaan memberitahu bahawa penerima vaksin Sinovac dan Pfizer perlu menerima dos penggalak bagi mendapat perlindungan yang optimum.

ADVERTISEMENT

BACA: Dos Penggalak Bagi Perlindungan Optimum Covid-19 Akan Diberikan Secara Percuma

Menerusi laman Sinar Harian, dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech akan diberikan secara heterologous, iaitu pemberian dos penggalak bagi jenis yang berlainan kepada penerima lengkap suntikan dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

Individu berumur 60 tahun

penerima vaksin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak ini akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas dahulu, sesuai dengan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) ON Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pemberian dos penggalak secara heterologous ini adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) serta kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC) kepada semua penerima.

Individu yang layak menerima dos penggalak ini akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan bagi yang tidak mempunyai MySejahtera akan mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang berdaftar.

Kaedah temujanji pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari masa ke masa dan tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat janji temu melalui sistem yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM amat menggalakkan supaya setiap individu yang layak mengambil dos penggalak supaya mendapat perlindungan yang optimum.

Menurut Khairy, pemberian dos penggalak ini telah bermula di seluruh negara sejak 13 Oktober dan pemberian ini dilaksanakan bagi penerima vaksin Cominarty sekurang-kurangnya enam bulan lalu yang diberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, barisan hadapan dan individu dengan komorbid.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas