Connect with us

Oh! Media

Trending

Penduduk Terengganu Diminta Bersedia, Gelombang Banjir Ketiga Dijangka Melanda

Penduduk Terengganu sekali lagi diberi peringatan untuk bersiap sedia menghadapi banjir gelombang ketiga yang dijangka berlaku mulai esok. Fenomena ini disebabkan oleh air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramalkan sehingga Khamis ini.

Menurut Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat, penduduk yang tinggal dalam lingkungan lima kilometer dari lembangan sungai utama di daerah Kemaman, Besut, Setiu, dan Hulu Terengganu berisiko tinggi untuk terjejas.

IKLAN

Jadi penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada selaim mendengar arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

Antara lokasi yang berisiko banjir

Terengganu
Gambar Hiasan

Di daerah Besut, terdapat kawasan yang berisiko tinggi terjejas seperti Kampung Pok Sik, Kampung Belaoh, Felcra Keruak, Kampung La, Chegar Batang, Pasir Akar, Jerubun, Bukit Payung, dan Batu 13.

Manakala antara kawasan yang paling terancam dengan bencana ini di Kemaman adalah Padang Kubu, Pelantoh, Kampung Tebak, Batu 16 Tebak, dan Kampung Sungai Mas.

Penduduk di kawasan-kawasan tersebut dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta arahan daripada pihak berkuasa.

Di Hulu Terengganu, saya juga menasihatkan penduduk Paloh Nyior, Bukit Taduk, Kampung Matang, Kepah, Pasir Dula, Tengkawang; Kuala Ping, Tok Lawit, Nibong, Kuala Telemong turut berwaspada.

Selain itu, kawasan lain di Hulu Terengganu yang turut berisiko ialah Sekayu, Pelandan, Cheting, Menjing; Durian Bador, Padang Setar, Kampung Pengkalan Ajal, Paya Besar, Menerong, Kua, Peneh, PPSK Gunung Menerong, Lenjang dan Kampung Betong.

Di Setiu pula, Kampung Langkap, Kampung Chalok Kedai, Batu 29, Gong Terap, Lubuk Panjang dan Felda Kampung Rahmat dikhuatiri dilanda banjir.

#OhmediaNasihat

Banjir adalah bencana alam yang boleh berlaku tanpa diduga. Justeru itu, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan untuk bersedia lebih awal, memastikan dokumen penting dan barangan berharga disimpan di tempat selamat.

Selain itu, mereka perlu sentiasa memantau arahan terkini daripada pihak berkuasa. Keselamatan keluarga perlu diberi keutamaan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas