Connect with us

Oh! Media

Penceramah Bebas Beristeri Tiga Mengaku Tak Bersalah Atas 9 Pertuduhan Rogol Remaja

Trending

Penceramah Bebas Beristeri Tiga Mengaku Tak Bersalah Atas 9 Pertuduhan Rogol Remaja

Seorang penceramah bebas dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual serta melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan.

ADVERTISEMENT

BACA: Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

Memetik laporan Bernama, Fathi atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, didakwa melakukan kesemua perbuatan terkutuk itu dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire di hadapan surau dan di parkir Eco World.

Bukan itu sahaja, tertuduh juga didakwa membuat perbuatan itu di sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam, antara Jun 2021 dan Februari lepas.

Mengikut kertas pertuduhan, penceramah bebas yang mempunyai tiga isteri dan lapan orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ku Hayati Ku Haron yang juga merupakan Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Saya juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mendekati dan menghubungi manga dalam kes ini.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Mari merayu agar anak guamnya itu dikenakan jaminan yang lebih rendah atas alasan lelaki itu adalah penanggung utama keluarga.

Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang telah tua.

Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit ‘slipped disc’ dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa.

Syafeera kemudiannya membenarkan Muhammad Fathi Na’im diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.

Fathi juga perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Medi

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas