
Trending
Pempengaruh Muat Naik Video Menari Dikecam, Netizen Nampak Macam Tak Pakai Apa-Apa!
Pempengaruh Sasha Aziz dikecam hebat selepas video promosi korset.
Pempengaruh dan usahawan, Sasha Aziz sekali lagi mencuri perhatian apabila video promosi korset yang dimuat naik di media sosialnya mengundang kecaman ramai.
Dalam rakaman tersebut, Sasha dilihat memakai legging berwarna kulit sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyangka dia tidak memakai apa-apa.
Penampilan Sasha Aziz undang kecaman
View on Threads
Disebabkan penampilannya itu, ramai tampil meninggalkan komen pedas dan mengkritik cara pemakaian Sasha yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum.
Ada yang menegur agar Sasha lebih berhati-hati dalam memilih pakaian, terutamanya apabila melibatkan produk yang dipromosikan secara terbuka.
Netizen tinggalkan komen

Ramai yang fikir lain selepas tengok video yang dimuat naik tapi bila lihat betul-betul, baru perasan perkara sebenar.
Tengok macam pakai tudung tapi seluar pendek,
Legging tu macam tak ada function.
Aku tengok kaki dia lepas tu aku terfikir, buakn dia dah pakai tudung ke. Tengok balik, lah, legging rupanya.
