Connect with us

Oh! Media

laluan

Trending

“Pemimpin Adil Dan Beradab..” – Netizen Puji Sikap Rombongan Jokowi Beri Laluan Pada Ambulans

Tular di media sosial, video rombongan Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberikan laluan kepada ambulans membuatkan netizen bangga dan memuji sikapnya yang prihatin dan beradab.

BACA: Ini Jawapan Mengapa Polis Trafik Utamakan Konvoi PM Berbanding Ambulans

IKLAN

Video yang tular sebelum ini di Malaysia dimana Persatuan Bulan Sabit Merah dan ambulans perlu berhenti bagi memberi laluan kepada konvoi VIP telah mencetuskan rasa marah kepada netizen, seolah-olah golongan VIP lagi penting daripada ambulans.

Pengawal Presiden mengarahkan ambulans untuk terus jalan

Dalam video tersebut, kelihatan kenderaan keselamatan berada di depan rombongan untuk menyambut kehadiran Jokowi di pinggir jalan, di Tawangharjo Grobogan.

Ambulans yang melalui kawasan tersebut sempat perlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada rombongan Jokowi. Namun, pengawal Presiden Jokowi meminta ambulans tersebut untuk meneruskan perjalanan.

Rata-rata netizen di sosial media memuji rombongan Jokowi kerana memberi laluan kepada kenderaan kecemasan.

laluan

Ada juga yang mengatakan sikap jokowi ini bukan biasa-biasa dan mengaitkan situasi ambulans di Malaysia yang baru-baru ini perlu berhenti beri laluan kepada rombongan VIP.

Macam-macam komen yang dilontarkan oleh netizen yang menonton video tersebut. Sesungguhnya, sikap Presiden Jokowi yang beradab dan bertimbang rasa ini memang harus dicontohi oleh semua orang.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas