Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Mengapa Polis Trafik Utamakan Konvoi PM Berbanding Ambulans

ambulans

Trending

Ini Jawapan Mengapa Polis Trafik Utamakan Konvoi PM Berbanding Ambulans

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan sebuah kenderaan pacuam empat roda milik Persatuan Bulan Sabit Merah dan ambulans diarahkan berhenti di persimpangan bagi memberi laluan kepada konvoi yang diiringi polis trafik. Situasi itu menimbulkan persoalan netizen kerana ia dilihat seakan-akan orang VIP lebih penting daripada kenderaan kecemasan.

ADVERTISEMENT

Disebabkan banyak dakwaan dan spekulasi, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar. Situasi yang berlaku pada 11.30 pagi pada 26 Disember itu sebenarnya membabitkan rombongan Perdana Menteri, Daruk Seri Ismail Sabri.

Rombongan itu diiringi polis trafik yang menuju ke Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat bagi meninjau keadaan mangsa banjir di sana.

Sekatan dilakukan bagi mengelak berlakunya kemalangan

Azman memaklumkan anggota JSPT telah diarahkan untuk sentiasa memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan. Bagaimanapun, situasi ketika itu agak berbeza kerana anggota yang menjaga persimpangan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut bagi tempoh masa singkat.

Ini kerana jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) tiba hampir ke persimpangan berkenaan, tindakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh itu, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan anggota trafik berkenaan.

Sebaik sahaja konvoi melepasi persimpangan tersebut pada tempoh yang singkat, anggota trafik telah mengambil langkah segera bagi memberi keutamaan jalan kepada ambulans dan kenderaan pacuan empat roda berkenaan setelah mendapati tiada risiko kemalangan berlaku.

Apapun kita tidak berada di lokasi kejadian dan rakaman singkat yang tersebar tidak menceritakan segalanya. Semoga dengan penjelasan dari JSPT ini dapat menjawab segala persoalan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas