Connect with us

Oh! Media

Pemandu Treler Jadi Punca Nahas 5 Pelajar USAS Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya

treler

Trending

Pemandu Treler Jadi Punca Nahas 5 Pelajar USAS Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya

Sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih bersedih dan bersimpati dengan nasib 5 pelajar USAS dalam kejadian nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Khamis lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Treler Langgar Kereta 5 Pelajar Rupanya Ada 9 Rekod Kesalahan JPJ

Dalam kejadian itu, seorang pemandu treler yang melanggar kenderaan mangsa dari belakang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Kangsar hari ini.

Tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam, 28 tahun itu dibacakan lima pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian semua lima mangsa dalam kenderaan. Mangsa yang meninggal dunia adalah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Tertuduh ketika itu sedang memandu treler jenis Volvo dan telah merempuh kereta mangsa jenis Honda City dari belakang kerana memandu terlalu laju ketika menuruni jalan berbukit. Kereta mangsa yang diheret treler terbabit tersepit dengan sebuah lagi treler di hadapan dan terbakar sebelum rentung dalam kejadian.

Mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan berbahaya.

Bapa kepada tiga orang anak ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun termasuk denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000. Tertuduh juga akan hilang kelayakan lesen memandu jika didapati bersalah.

Semoga keadilan berpihak kepada keluarga mangsa, Al-Fatihah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas