Connect with us

Oh! Media

Pemandu Treler Langgar Kereta 5 Pelajar Rupanya Ada 9 Rekod Kesalahan JPJ

Oh! Tidak

Pemandu Treler Langgar Kereta 5 Pelajar Rupanya Ada 9 Rekod Kesalahan JPJ

Baru-baru ini terdapat kejadian dimana lima pelajar rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Terowong Menora.

ADVERTISEMENT

BACA : Lima Pelajar Rentung Dalam Satu Nahas, Pemandu Treler Terlibat Dengan Kemalangan Ditahan

Menurut laporan Bernama, pemandu treler yang membawa muatan besi dari arah belakang itu mempunyai sembilan rekod kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan perkara ini didedahkan dalam satu kenyataan dari Ibu Pejabat JPJ.

Dalam semakan sistem MySikap JPJ, pemandu tersebut mempunyai 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Disebabkan itu, audit Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menjalankan siasatan sebelum menentukan tindakan undang-undang yang bakal diambil.

Sekiranya hasil siasatan daripada ICOP mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat dan permit perkhidmatan oleh APAD dan JPJ, permit dan lesen pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah.

Tak boleh dibiarkan pemandu sebegini kerana membahayakan pengguna jalanraya lain. Apapun, semoga ahli keluarga 5 pelajar berkenaan tabah dengan pemergian insan tersayang. Al-Fatihah..

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas