Connect with us

Oh! Media

Pemandu Punca Kemalangan Lari Selepas Himpit, Anak 4 Bulan Kritikal Tercampak Tengah Jalan

Trending

Pemandu Punca Kemalangan Lari Selepas Himpit, Anak 4 Bulan Kritikal Tercampak Tengah Jalan

Seorang wanita memohon pertolongan orang ramai untuk berkongsi rakaman dashcam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ke arah selatan (Sungkai).

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Hampir Akibatkan Kemalangan, Netizen Kecam Pemandu Pacuan 4 Roda Potong ‘Double Line’

Menurut wanita yang dikenali sebagai Natasya Nadia ini, kemalangan berlaku pada 11 Julai 2022 jam 7.30 malam.

Katanya, kereta jenis BMW berwarna silver gelap dengan nombor pendaftaran RS masuk dari laluan paling kiri terus mencelah di hadapan keretanya.

Kereta itu dilaporkan telah lari selepas menghimpit keretanya menyebabkan mereka berpusing beberapa kaki sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan raya.

Anaknya berusia 4 bulan yang tercampak ke tengah jalan telah patah tulang paha, tulang pinggul dan berlaku pendarahan di otak. Dia pula patah kaki dan suami tersiat isi lengan.

Berdasarkan makluman terbaru di Instagram Story, pihaknya telah berjaya mendapatkan nombor pendaftaran penuh kereta itu. Laporan polis akan dibuatnya terlebih dahulu.

Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini. Semoga bayi cepat sembuh seperti sediakala. Amin.

Kredit: Instagram Natasya Nadia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas