Connect with us

Oh! Media

(Video) Hampir Akibatkan Kemalangan, Netizen Kecam Pemandu Pacuan 4 Roda Potong ‘Double Line’

Potongsoubleline

Trending

(Video) Hampir Akibatkan Kemalangan, Netizen Kecam Pemandu Pacuan 4 Roda Potong ‘Double Line’

Apabila kita memandu di kawasan kampung yang mempunyai laluan yang terhad dan kecil, kita perlulah sentiasa berhati-hati kerana risiko kemalangan di jalan seperti itu adalah sangat tinggi.

BACA: “Dia Boleh Jalan Gitu Je?” – Wanita Tenang Berjalan Di Tengah Jalan Raya Akibatkan Penunggang Motorsikal Terbabas

Dan seperti yang kita tahu, memotong kenderaan lain di garisan berkembar merupakan satu kesalahan kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

IKLAN

Pemandu pacuan 4 roda potong ‘double line’

Baru-baru ini tular satu video rakaman ‘dashcam’ yang dimuat naik Sheran Tahir di Facebook memaparkan kenderaan yang dipandunya hampir terlibat dengan kemalangan.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ itu dapat dilihat Sheran yang memandu dalam keadaan cermat dan berhati-hati secara tiba-tiba didatangi sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah depan yang memotong sebuah lori di garisan berkembar.

Tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu mengundang kemarahan Sheran yang telah mengakibatkan seorang anaknya yang sedang tidur terjatuh akibat daripada cengkaman brek yang agak kuat.

Spesis makhluk macam ni punca orang kemalangan. Nasib baik lah aku sempat brek. Kasihan mika(anak) sedap2 tidur kat belakang tergolek jatuh.

Mujur tiada kenderaan di belakang

Perkongsian Sheran Tahir itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka mengecam tindakan pemandu pacuan empat roda itu yang memotong di garisan berkembar.

Screenshot 2022 07 01 at 120126
Screenshot 2022 07 01 at 120228
Screenshot 2022 07 01 at 120258
Screenshot 2022 07 01 at 120404

Haihh apa pun alasan diberi, pemandu pacuan empat roda tu tetap salah dan boleh bahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Kredit: Facebook Sheran Bin Tahir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas