Connect with us

Oh! Media

Pemandu Mabuk Rempuh Dua Kenderaan Dan 8 Pelanggan Di Kedai Makan

Ohmedia polis

Trending

Pemandu Mabuk Rempuh Dua Kenderaan Dan 8 Pelanggan Di Kedai Makan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V rempuh pelanggan yang sedang makan pada malam Ahad lepas. Apa kes ni?

BACA : RM4 Punya Pasal, Anak Yatim Dipukul Sehingga Maut

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam dimana pemandu yang dipercayai mabuk itu juga turut melanggar sebuah SUV jenis Lexus.

IKLAN
Fe8129e5 a2e0 4aa7 b0b1 7d1106b88e5a

Selepas melanggar Lexus, pemandu Honda HR-V itu melanggar sebuah Perodua Axia sebelum melanggar lapan pelanggan yang sedang makan dan dua pejalan kaki.

Terdapat dua daripada sepuluh mangsa yang patah anggota badan dan semua yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Polis telah mengesahkan bahawa terdapat kandungan alkohol selepas ujian dibuat terhadap pemandu berkenaan yang kini direman di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mabuk, mabuk dan mabuk! Itu jelah yang kita selalu dengar punca apabila berlakunya sesebuah kemalangan. Semoga suspek dapat balasan yang setimpal atas apa yang telah terjadi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas