Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lori Tangki Tanpa Bersalah Guna Lorong Kecemasan Serah Diri

ohmedia lori tangki

Trending

Pemandu Lori Tangki Tanpa Bersalah Guna Lorong Kecemasan Serah Diri

Semalam tersebar video menunjukkan sebuah lori tangki telah dipandu secara merbahaya. Lori tangki tersebut dilihat dengan selamba ikut laluan kecemasan untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Pemandu lori tangki tersebut turut membuatkan kenderaan lain terpaksa mengelak dari dilanggar.

BACA: “Lorong Kecemasan Pun Nak Sebat” – Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

Kejadian itu berlaku di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson antara jam 2 hingga 4 petang pada hari Sabtu lepas.

IKLAN

Pemandu lori tangki serah diri

Selepas video menunjukkan aksi merbahaya itu tersebar, pihak polis mula melakukan siasatan. Bagaimanapun, pemandu lori tersebut telah menyerahkan dirinya ke balai polis. Ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed.

Pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 2.45 petang. Lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial.

Polis turut mengesan beberapa pemilik kenderaan lain yang dirakam menggunakan laluan kecemasan. Mereka bagaimanapun masih belum menyerahkan diri.

Kesalahan seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan/ Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas