Connect with us

Oh! Media

“Lorong Kecemasan Pun Nak Sebat” – Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

Trending

“Lorong Kecemasan Pun Nak Sebat” – Pemandu Lori Tangki Jadi Buruan Polis

Umum mengetahui, lorong kecemasan merupakan laluan yang dikhaskan kepada kenderaan yang rosak akibat situasi kecemasan yang tidak boleh dielakkan.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Arahan & Siren Tidak Dihiraukan, Laluan Ambulans Terhalang Gara-Gara Pemandu Degil

Ia juga menjadi laluan ‘utama’ kepada kenderaan ambulans yang membawa pesakit dan memerlukan rawatan segera sehingga memaksa mereka menggunakan lorong tersebut.

Namun, terdapat juga sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang menggunakan laluan itu untuk mengelakkan kesesakan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Hal itu bukan sahaja mampu membahayakan keselamatan mereka, malah turut berisko dalam menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan di lebuh raya.

Selamba ikut laluan kecemasan, pemandu lori tangki diburu

Dalam pada itu, kejadian sama turut berlaku baru-baru ini selepas terdapat sebuah lori tangki dikesan menggunakan lorong kecemasan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Video berdurasi 17 saat itu menjadi tular di laman Facebook semalam dan kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson kira-kira pukul 2 hingga 4 petang.

Bagaimanapun, tindakan pemandu lori tersebut membawa padah selepas aksi tidak bertanggungjawabnya itu kini menjadi buruan pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed, pemandu itu didapati menuju ke arah Port Dickson dari Seremban selain mengakui keadaan lebuh raya ketika itu sesak dengan kenderaan.

Semasa kejadian, keadaan lebuh raya sesak dengan kenderaan.

Pihak polis telah mengesan lori tangki tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam di Selangor.

Berhubung dengan perkara itu, pihaknya turut meminta pemandu atau pemilik kenderaan tersebut supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan/Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Selain itu, Aidi Sham juga turut menasihati orang ramai agar mengamalkan etika pemanduan yang baik serta mematuhi peraturan jalan raya. Jika tidak, tindakan selanjutnya akan dikenakan.

Kredit: Facebook Majoriti I Kosmo! I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas