Connect with us

Oh! Media

Pemandu Disyaki Tiada Permit Dan Cuai? SGBM Mahu Tindakan Setimpal Diambil

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 15t121634476

Trending

Pemandu Disyaki Tiada Permit Dan Cuai? SGBM Mahu Tindakan Setimpal Diambil

Jumaat lalu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dilanggar van sekolah selepas turun daripada kenderaan itu.

BACA: Pemandu Van Diambil Keterangan, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Susulan kejadian, pemandu van wanita berusia 31 tahun ditahan untuk membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

IKLAN

Tindakan itu walau bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM). Presiden SGBM, R Thiagarajan berpendapat pemandu van telah melakukan kesalahan besar sehingga meragut nyawa pelajar.

11hm184 1507672677
Sekadar gambar hiasan

Pihaknya mahu tindakan setimpal diambil pihak berkuasa kepada pemandu tersebut yang dipercayai tiada permit van sekolah dan kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan kecuaian.

Sepatutnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung lesen pemandu berkenaan dan tindakan dikenakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membawa murid tanpa permit sah.

Katanya lagi, selain ucapan takziah, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sepatutnya mengarahkan JPJ atau Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengambil tindakan.

Saya lihat van tanpa permit boleh ambil murid sampai dalam kawasan sekolah, apa tindakan pihak pengurusan sekolah bila nampak perkara ini? SGBM juga ingin bertanya kenapa tiada penguatkuasaan dilakukan JPJ.

Tambahnya, pemandu van sekolah yang tidak berdaftar tidak dilatih sebagaimana pemandu van sekolah berdaftar terutama berkaitan aspek keselamatan murid.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas