Connect with us

Oh! Media

Trending

Pemandu Bas Rasa Terlanggar Sesuatu, Rupanya Bayi Yang Berusia 16 Bulan

Terdapat satu kejadian yang berlaku tengah hari semalam dimana bayi yang baru saja berusia 16 bukan dilanggar sebuah bas sekolah. Allahu, macam mana boleh jadi tu?

BACA : Tular Video Lelaki Nak Masuk Kereta Ditembak Dengan Jarak Kurang 1 Meter

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sewaktu bayi berkenaan cuba untuk mengekori kakaknya yang menaiki bas untuk pergi ke sekolah.

Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan sewaktu mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Pemandu bas menyedari kejadian itu selepas dia rasa terlanggar sesuatu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Mangsa di bawa keluar oleh kakaknya sendiri dari bawah badan bas sebelum di hantar ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.

Jenazah mangsa di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Allahu, semoga ahli keluarga tabah dengan pemergian bayi itu tambah-tambah lagi dalam keadaan yang tak dijangka seperti ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas