Connect with us

Oh! Media

Pemain Bola Sepak Akan Digugurkan Jika Bersalah Rogol Remaja 18 Tahun – Exco Belia Kelantan

Ohmedia rogol

Trending

Pemain Bola Sepak Akan Digugurkan Jika Bersalah Rogol Remaja 18 Tahun – Exco Belia Kelantan

Semalam, kami di Ohmedia ada melaporkan tentang satu kejadian rogol remaja perempuan berusia 18 tahun dan suspek dikaitkan dengan pemain bola sepak liga tempatan.

BACA: “Tolak Dari Belakang Dan Terus Heret Ke Katil”, Pemain Bola Sepak Tanah Air Disyaki Rogol Remaja

Walaupun masih dalam siasatan pihak polis, suspek akan digugurkan dari pasukan jika disabitkan bersalah.

IKLAN

Perkara itu disahkan oleh, Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat yang menerima laporan berkenaan. Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun mungkin akan diberikan peluang jika terdapat kesamaran dalam kes tersebut.

Secara rasminya, saya belum mengetahui pemain daripada pasukan mana. Cuma saya minta pihak pengurusan lakukan siasatan.

Dalam pada itu, Wan Roslan turut meluahkan rasa terkilan dengan apa yang terjadi. Ini selepas mereka sudah banyak berusaha supaya atlet faham tanggungjawab sebagai manusia dan membangunkan negeri bersama Islam.

Dalam usaha kita ke arah itu kadang-kadang ada yang terlanggar peraturan. Biasalah dalam kita buat sesuatu perkara sentiasa berdepan dengan ujian dan yang kita hendak tidak semua boleh dicapa. – Ulasnya lagi.

Diharapkan agar kes ini dapat disiasat dengan segera dan ini bagi memastikan tiada pihak yang dapat terlepas dari kesalahan mereka lakukan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas