Connect with us

Oh! Media

Pemain Bola Sepak Ingin Bertunang Punca Gaduh Dengan Teman Wanita Di Hotel

Pemain bola sepak gaduh

Trending

Pemain Bola Sepak Ingin Bertunang Punca Gaduh Dengan Teman Wanita Di Hotel

Kecoh di media sosial beberapa hari lepas mengenai dakwaan membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa membelasah teman wanita.

ADVERTISEMENT

BACA : Dakwaan Pemain Bola Sepak Belasah Girlfriend Di Hotel, Rupanya Bukan Kali Pertama?

Teman wanitanya telah membuat laporan polis dan pemain bola sepak itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.

Terkini! Menerusi laporan Harian Metro, terdapat sumber yang mengatakan punca pergaduhan antara mereka mungkin disebabkan pemain bola sepak itu ingin bertunang.

Wanita yang juga merupakan seorang doktor itu bertemu pemain bola sepak berkenaan di sebuah hotel untuk memujuk sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Selepas mengetahui pemain bola sepak itu sebenarnya mahu bertunang dengan individu lain, wanita berkenaan nekad mahu berjumpa untuk berbincang kerana sebelum ini lelaki itu tidak pernah memberitahu bahawa dia mahu bertunang.

Pemain bola sepak berkenaan mengenali wanita itu ketika berpindah ke pasukan baharu dan sudah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Kalau betul pun, kenapa nak buat wanita tu sampai macam tu sekali. Bincanglah elok-elok!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas