Connect with us

Oh! Media

#PelikPelikJer Wanita Tergamak Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun Sebab Nak ‘Enjoy’ Duit Pencen

wanita simpan mayat ibu

Trending

#PelikPelikJer Wanita Tergamak Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun Sebab Nak ‘Enjoy’ Duit Pencen

Seorang wanita berusia 47 tahun dari Incheon, Korea Selatan sanggup simpan mayat ibunya selama lebih dua tahun telahpun ditahan baru-baru ini kerana gagal mendaftar kematian ibunya. Dah kenapa sampai macam tu sekali?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan sebuah portal di sana, hanya sebab nak ‘enjoy’ duit pencen adalah punca wanita itu tergamak simpan mayat ibu yang ditutup dengan selimut di rumah mereka menetap.

Terdapat catatan yang ditemui menunjukkan ibu kepada wanita itu meninggal dunia pada Ogos 2020, iaitu lebih dua tahun lalu yang ketika itu berusia 76 tahun.

Perkara ini terbongkar setelah pihak berkuasa kebajikan curiga apabila ibu wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod perubatan sejak dua tahun lepas dan perkara ini dikatakan sendiri jurucakap Perkhidmatan Pencen Negara sana.

Menerusi sumber, wanita itu didakwa telah menerima wang pencen sebanyak 17 juta won, lebih kurang dalam RM59,000 dalam tempoh 2 tahun itu.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa akan mendapatkn semula segala duit pencen yang telah dia terima melalui rampasan aset bergantung kepada hasil siasatan polis dan perkara ini dikatakan sendiri jurucakap itu. Mendapat!

Wanita itu bakal didakwa atas pertuduhan menyembunyi dan menyimpan mayat dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun dan perkara ini dimaklumkan sendiri pihak polis di sana. Pada hari sama, waran tangkap juga telah dikeluarkan Mahkamah Daerah Incheon.

Kredit: Korea Herald

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas