Connect with us

Oh! Media

Pelancong Yang Pernah ‘Dijangkiti’ Tak Perlu Kuarantin – KJ

tak perlu kuarantin

Trending

Pelancong Yang Pernah ‘Dijangkiti’ Tak Perlu Kuarantin – KJ

Keputusan terbaru telah dibuat, pelancong yang pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari dan sudah lengkap vaksinasi yang tiba di Malaysia tak perlu menjalani kuarantin wajib seperti pelancong lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Terkejut Status Vaksinasi KJ ‘Sedang Diproses’, Ini Perkara Sebenarnya

Namun begitu, kuarantin wajib selama tujuh hari tetap akan dikenakan kepada mereka yang belum lengkap vaksin dan tidak divaksin serta mereka juga perlu menjalani ujian RTK Ag.

Perlu tunjuk bukti pernah dijangkiti Covid-19

tak perlu kuarantin

Menerusi Utusan, mereka yang pernah dijangkiti juga tidak terlepas dari melakukan ujian pengesahan Covid-19 menggunakan RTK Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain, kerajaan telah menetapkan untuk pelancong yang pernah dijangkiti ini menunjukkan bukti sudah lengkap divaksin dan bukti dijangkiti Covid-19 dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat Fit to Travel daripada pengamal perubatan di hospital berkenaan.

Bagi pengembara yang menjalani pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK antigen (Ag) profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia. Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan.

Semoga keputusan ini tidak memudaratkan rakyat Malaysia dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Harap tak ada yang menipu pula pernah dijangkiti Covid-19 untuk melepaskan diri dari kuarantin wajib.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas