Connect with us

Oh! Media

Pelajar Stress, Jadual SPM Terlalu Padat?

JADUAL

Trending

Pelajar Stress, Jadual SPM Terlalu Padat?

Jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada Mac 2022 telah mengundang rasa tertekan buat pelajar-pelajar SPM kerana mengatakan jadual itu terlalu padat.

ADVERTISEMENT

BACA: Pu Riz Nak Bagi RM300 Kepada Pelajar Yang Dapat 5A Untuk SPM

Menerusi laporan Kosmo, ada beberapa pelajar yang terkejut dengan jadual yang dikeluarkan itu namun ada yang memberi respon biasa kerana mahu menghabiskan SPM dengan cepat dan cemerlang.

Terkejut hingga hilang motivasi

jadual

Menerusi laporan kosmo, pelajar SPM 2021 yang bernama Najwa dan rakan-rakannya mengatakan mereka terkejut dengan susunan jadual yang dikeluarkan pihak KPM kerana ada dua ujian dalam jarak waktu yang dekat dan membuatkan mereka hilang motivasi.

Ujian lisan SPM 2021 (Mac 2022) dijalankan waktu kami sedang membuat ujian amali sains pada Februari 2022.

Jadi susunan jadual lisan SPM 2021 ini, akan membuat kami terganggu sama ada ingin memberi tumpuan pada ujian lisan atau ­ulangkaji untuk ujian amali sains.

Ada juga ibu kepada pelajar SPM yang mengatakan anaknya tertekan untuk menyiapkan diri menghadapi SPM selepas melihat susunan jadual yang padat itu.

Dia merupakan kumpulan pertama menduduki peperiksaan dengan sukatan baru ini, jadi susunan jadual seperti ini akan memberi lebih tekanan.

Namun, tidak semua pelajar tertekan. Ada juga beberapa pelajar yang menerima baik akan jadual yang dikeluarkan kerana mahu menghabiskan SPM dengan cemerlang. Seorang bapa, Ahmad Kassim mengatakan anaknya tidak mengadu tentang jadual SPM yang dikeluarkan itu kerana fokusnya adalah persediaan untuk menghadapi peperiksaan itu.

Anak saya tidak mengadu apa-apa mengenai jadual padat itu kerana tumpuan utama adalah untuk membuat sehabis baik peperiksaan SPM 2021 pada tahun depan.

Semoga semua pelajar SPM 2021 menerima baik jadual yang telah ditetapkan dan anggap ini sebagai cabaran untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semoga semuanya dipermudahkan urusan untuk menjawab peperiksaan itu pada bulan Mac tahun hadapan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas