Connect with us

Oh! Media

Pelajar IPT ‘Kantoi’ Berduaan Di Tempat Gelap Dan Sunyi, Alasan Nak Bincang Pasal Pelajaran!

Ohmedia kantoi Tempat Sunyi

Trending

Pelajar IPT ‘Kantoi’ Berduaan Di Tempat Gelap Dan Sunyi, Alasan Nak Bincang Pasal Pelajaran!

Pasangan kekasih ditahan JAINJ selepas kantoi berdua-duaan dalam kereta di tempat sunyi.

Macam-macam cara nak selamatkan diri bila dah kantoi! Terbaru, pasangan kekasih memberi alasan sedang mengulang kaji pelajaran ketika ditangkap berdua-duaan di dalam kereta.

Lapor Kosmo!, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mencekup pasangan itu selepas dikesan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat.

Enjin hidup, aircond terpasang, lokasi sunyi

Pelajar Ipt
Sekadar gambar hiasan

Mereka masing-masing berusia 26 dan 23 tahun dan dipercayai merupakan penuntut di sebuah universiti awam.

IKLAN

Difahamkan, mereka ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika berada dalam sebuah kereta dengan enjin dan pendingin hawa masih terpasang, malah kawasan itu juga sunyi dan cermin kereta berwarna gelap.

Menurut kenyataan JAINJ, pasangan itu berasal dari Perak dan Pulau Pinang.

Alasan bincang pelajaran

Kantoi
Sekadar gambar hiasan

Apa yang buat orang ramai geleng kepala, pasangan itu didakwa merayu kepada penguatkuasa supaya dilepaskan kerana masih belajar, dan memberikan alasan sedang berbincang mengenai pelajaran.

Apabila ditahan, pasangan ini merayu kepada penguatkuasa supaya tindakan tidak diambil kerana masih belajar. Mereka turut memberi alasan sedang berbincang mengenai pelajaran yang wanita itu tak berapa faham di kelas siang tadi.

Sebelum tangkapan dibuat, penguatkuasa menerima aduan daripada orang awam mengenai banyak kejadian ‘kereta rosak’ yang enjinnya hidup tengah malam di kawasan sama.

BACA: Pelajar IPT Ditangkap Basah Selinap Masuk Rumah Sewa Kekasih

Pssttt! Bincang pelajaran ke bincang masa depan? Janganlah guna alasan belajar bila dah kantoi buat perkara yang tak senonoh. Hormat maruah diri dan jangan cemarkan imej pelajar hanya kerana ikut nafsu!

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas