Trending
Peguam Tertuduh Kes Zara Qairina Tidak Ambil Bayaran, Tertuduh Bukan Anak VVIP!
Peguam sahkan khidmat dibuat secara pro bono tanpa bayaran, sekaligus nafikan tuduhan mereka anak VVIP.
Lima remaja yang dituduh dalam kes kematian Zara Qairina terus menjadi perhatian apabila timbul spekulasi bahawa mereka datang daripada keluarga VVIP.
BACA: Lima Remaja Didakwa Kes Buli Zara Qairina, Mahkamah Keluarkan Larangan Bersuara
Khidmat diberi secara percuma, tertuduh bukan anak VVIP

Namun, penjelasan terbaru daripada pasukan guaman menafikan dakwaan tersebut. Lapor Sinar Harian, Datuk Ram Singh, peguam utama yang mewakili salah seorang tertuduh mendedahkan bahawa pembelaan dilakukan secara pro bono tanpa sebarang bayaran daripada keluarga tertuduh.
Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain. Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP.
Turut bersama pasukan guaman Ram ialah dua lagi peguam iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.
Dalam prosiding sama, mahkamah turut mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap identiti lima remaja terbabit.
Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu kepada Zara Qairina berkata, gag order diberikan mahkamah berdasarkan undang-undang yang melindungi kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak, banyak perkara yang tidak boleh didedahkan kerana wujudnya Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang menghalang penyiaran mengenai kanak-kanak, sama ada melalui tempat tinggalnya, nama atau ibu bapanya.
Namun jelasnya, gag order untuk kes ini sahaja bukannya untuk proses inkues nanti.
Pssttt! Walaupun isu ini penuh emosi, penting untuk kita menghormati proses mahkamah dan tidak cepat membuat kesimpulan. Semoga kebenaran dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM