Connect with us

Oh! Media

Peguam Terkejut! Siti Bainun Tiba-Tiba Dipindahkan Dari Penjara Kajang Ke Penjara Sungai Udang

Ohmedia siti Bainun

Trending

Peguam Terkejut! Siti Bainun Tiba-Tiba Dipindahkan Dari Penjara Kajang Ke Penjara Sungai Udang

Peguam Siti Bainun terkejut pemindahan mengejut dari Penjara Kajang ke Penjara Sungai Udang tanpa penjelasan.

Peguam kepada Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali meluahkan rasa terkejut selepas anak guam mereka dipindahkan secara tiba-tiba dari Penjara Kajang ke Penjara Sungai Udang, Melaka.

Menurut laporan Kosmo, pemindahan itu dibuat tanpa permohonan daripada pihak keluarga mahupun barisan pembelaan dan perkara ini dikatakan sendiri peguam, Nur Aminatul Mardhiah Md Nor.

Anak guam kami dibawa ke pejabat RO Penjara Kajang pada 22 September untuk pemeriksaan ‘Fit To Travel’. Esoknya, 23 September, beliau terus dipindahkan ke Penjara Sungai Udang tanpa sebarang penjelasan.

Sukarkan keluarga Siti Bainun melawat

Siti Bainun

Peguam mendakwa keputusan ini menyukarkan keluarga Siti Bainun untuk melawat kerana semua berada di Kuala Lumpur dan Selangor.

IKLAN

Malah, rawatan luar untuk masalah kesihatannya juga dijalankan di Hospital Kajang, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa beliau perlu ditempatkan di penjara yang jauh.

Sehingga kini kami tidak diberi sebarang sebab rasmi mengapa pemindahan ini dibuat.

Menurut kenyataan lanjut, pemindahan banduan memang dibenarkan di bawah Akta Penjara 1995 dengan kelulusan Jabatan Penjara atau Menteri Dalam Negeri. Namun, peguam menegaskan pihak mereka akan memfailkan aduan rasmi jika tiada penjelasan diberikan.

Latar belakang kes Siti Bainun

Siti Bainun

Untuk rekod, Siti Bainun kekal dihukum penjara 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.

Keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah.

Pssttt! Dalam isu undang-undang, ketelusan amat penting. Setiap tindakan perlu jelas dan beralasan agar tidak menimbulkan syak wasangka serta menjaga hak semua pihak.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas