Connect with us

Oh! Media

Pemandu Bas Kemalangan Ngeri UPSI Masih Dirawat, Polis Tunggu Keluar Hospital Sebelum Tahan

ohmedia pemandu bas

Trending

Pemandu Bas Kemalangan Ngeri UPSI Masih Dirawat, Polis Tunggu Keluar Hospital Sebelum Tahan

Pemandu bas mengakibatkan pelajar UPSI maut masih menerima rawatan di hospital.

Semalam, satu kemalangan ngeri telah meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas berhari raya.

BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Ragut 15 Nyawa, Polis Dedah Punca Sebenar Nahas

Kejadian membuatkan orang ramai mengecam tindakan pemandu bas yang disyaki memandu laju. Malah, tular rakaman dashcam menunjukkan bas hilang kawalan sebelum terbalik.

IKLAN

Polis tunggu selesai dirawat baru reman pemandu bas

bas

Terbaru, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan, perintah reman terhadap pemandu berusia 42 tahun itu akan dibuat selepas lelaki itu dibenarkan keluar dari hospital.

Buat masa ini, pemandu dilaporkan masih dirawat di Hospital Taiping dan pihak polis perlu menunggunya keluar sebelum mengambil tindakan lanjut.

Difahamkan, pemandu bas itu mengalami kecederaan pada bahagian tangan.

upsi

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 pelajar UPSI maut manakala 27 lagi penumpang lain cedera dan kini menerima rawatan di beberapa hospital iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Gerik, Hospital Baling serta Hospital Taiping.

Orang ramai berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan telus demi keadilan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Pssttt! Bila melibatkan nyawa, memang tak ada kompromi dan tindakan tegas harus diambil sebagai pengajaran.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas