Connect with us

Oh! Media

Peguam Dedah Diana Danielle Nekad Cerai, Rupanya Dah Siap Sedia Sejak Bulan Lalu

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 29t140447997

Trending

Peguam Dedah Diana Danielle Nekad Cerai, Rupanya Dah Siap Sedia Sejak Bulan Lalu

Baru-baru ini, Diana Danielle telah mengumumkan bahawa dia mahu menfailkan cerai untuk kali kedua selepas setahun rujuk dengan suaminya, Farid Kamil.

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan, Diana Danielle sudah meminta peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader

Ateyn Featured Image   2024 10 29t141341856

Peguamnya memaklumkan, Diana Danielle mengarahkannya untuk menfailkan penceraian tersebut.

IKLAN

Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk ‘proceed’ (failkan rujuk dan perceraian).

Akberdin berkata, pihaknya akan menfailkan penceraian tersebut dalam masa yang terdekat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja.

Dia (Diana) memang sudah tekad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertindak. Semalam dia bagi arahan untuk ‘proceed’ terus.

Ujarnya lagi, mereka akan berkongsi punca Diana menfailkan penceraian pada waktu yang bersesuaian.

Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak sukar nak dijelaskan. Arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’. Jadi, kami akan kongsikan yang lain kemudian.

Menerusi laporan mStar, mereka juga difahamkan sudah tidak tinggal bersama. Diana juga memintanya untuk menyiapkan dokumen untuk dibawa ke mahkamah.

Mereka difahamkan memang sudah tidak hidup bersama. Semalam dia hubungi saya dan minta saya siapkan dokumen diperlukan untuk dibawa ke mahkamah (syariah).

Dalam pada itu, peguam Diana memaklumkan permohonan penceraian tersebut akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 29t140447997

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian | mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas