Connect with us

Oh! Media

Pegawai Perubatan

Trending

Pegawai Perubatan Ditahan! Disyaki Berkelakuan Tidak Senonoh di Hospital

Seorang doktor lelaki berusia 43 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja di sebuah hospital di daerah Timur Laut.

Pegawai perubatan dicekup polis

pdrm

Menurut laporan Harian Metro, suspek ditangkap sekitar 9.30 malam di hospital tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad.

IKLAN

Suspek kini direman sehingga 2 Mac bagi membantu siasatan.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Gangguan tidak senonoh bukan perkara remeh

Difahamkan, suspek dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap orang awam di hospital berkenaan. Namun, butiran lanjut mengenai kejadian masih dalam siasatan.

Kes seperti ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, terutama bagi pesakit dan petugas kesihatan lain yang bertugas di hospital tersebut.

#ApaKataOhmedia

Gangguan seksual atau perbuatan tidak senonoh adalah satu kesalahan serius dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jika anda menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian sebegini, jangan takut untuk bersuara. Laporkan segera supaya tindakan tegas boleh diambil!

Pegawai Perubatan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas