Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Cederakan Junior Guna Seterika Panas!

Ohmedia img 3327

Trending

Pegawai Kadet UPNM Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Cederakan Junior Guna Seterika Panas!

Seorang pegawai kadet senior Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan pelajar juniornya dengan seterika wap panas. Pengakuan ini dibuat di hadapan Hakim Egusra Ali.

Saya mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan.

Didakwa cederakan junior dengan seterika wap panas

2c2df86e 3877 40a9 a097 cade364354e0

Mengikut keterangan kes, Amirul didakwa sengaja mencederakan junior berusia 20 tahun di sebuah bilik asrama universiti sekitar pukul 11.45 malam pada dua minggu lepas. 

Tindakan itu dipercayai melibatkan penggunaan seterika wap panas, yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian dada mangsa.

IKLAN

Kes ini didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Mahkamah membenarkan jaminan 

Ketuk mahkamah3 1552451837

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Disember depan. 

Bukan tu jer, pihak polis juga telah mengambil keterangan daripada 16 individu, termasuk mangsa, suspek, penuntut, dan kakitangan UPNM untuk siasatan lanjut.

Mangsa ditekap seterika ketika diminta gosok baju 

61a90d44 0dec 4468 ad01 49374bfe1c80

Pada 22 Oktober leas, insiden ini dikatakan berlaku apabila mangsa diminta untuk menggosok baju milik seniornya. 

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada.

Polis turut menasihatkan mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaan yang dialami.

Siasatan awal mendapati bahawa insiden ini tidak melibatkan pergaduhan atau elemen dendam. Sebaliknya, kejadian dipercayai berpunca daripada “gurauan keterlaluan” yang membawa kepada insiden buli dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan kita tentang bahayanya gurauan yang melampau dan impak buruknya terhadap orang lain. 

Setiap individu, terutama dalam institusi ketenteraan dan pendidikan, perlu memahami batas dalam bergurau dan menghormati perasaan serta keselamatan orang lain. Gurauan yang melampaui batas boleh merosakkan kehidupan dan membawa implikasi serius.

Ohmedia img 3327

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas