Connect with us

Oh! Media

“PDRM Akan Periksa Dan Pantau, Rakyat Jangan Sambilewa” – Hishammuddin Hussien

380e8584 8b20 4524 9943 dec707589f35

Trending

“PDRM Akan Periksa Dan Pantau, Rakyat Jangan Sambilewa” – Hishammuddin Hussien

Walaupun kebenaran rentas negeri dibenarkan, rakyat diingatkan supaya tidak bersikap sambilewa kerana kita semua masih lagi tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

BACA : Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Menurut laporan Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui strategi tertentu bagi memastikan SOP terus dipatuhi rakyat.

IKLAN

PDRM mungkin akan melakukan pemeriksaan rawak menerusi sekatan jalanraya bergerak, pemeriksaan mengejut serta pemantauan di Hentian R&R serta sekatan jalanraya di kawasan PKPD dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berhubung pengumuman kebenaran merentas negeri, saya hendak menekankan di sini bahawa kita jangan bersikap sambalewa terhadap kelonggaran diberikan.

Kebenaran diumumkan itu bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan.

Sekiranya korang belum mendapatkan vaksin, janganlah melakukan aktiviti rentas negeri. Duduklah dulu dirumah sementara nak dapatkan vaksin tu okay. Ini juga merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas