
Trending
“Patutlah Mak Kita Hangin Kalau Hilang..” -Pengguna ‘Tupperware’ Kongsi Gambar Selepas Banjir
Oleh
Bercakap soal ‘Tupperware’ ni, mesti semua orang ada mak-mak yang selalu ‘hangin’ dan marah kalau ‘Tupperware’ yang dicarinya tak jumpa kan?
Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini telah membuatkan semua pengguna Tupperware memuat naik gambar dan memberi review yang baik buat produk tersebut!
Jenama yang berkualiti, kedap udara dan air
Perkongsian yang dimuat naik di media sosial itu telah mendapat sambutan dari netizen dan mengatakan bahawa Tupperware sememangnya jenama yang sangat berkualiti.

Banyak makanan yang disimpan di dalam Tupperware terselamat dari air banjir dan masih boleh dimakan. Kata mereka, Tupperware ini kedap udara dan air!
Jualan Tupperware selepas ini akan terus meningkat dan meningkat. Good review from mangsa banjir. Walaweyh!! Yg penting kedap udara n air! Hihi.. pic.twitter.com/IwI6NoGJ2K
— 🇲🇾ILoveMyHusband🇲🇾 (@Azfar_Az) December 27, 2021
Ada juga yang berkongsi di laman Twitter, mengatakan semua tupperware terkeluar dari rak kerana rak kembang akibat terkena air banjir. Tetapi, kelihatan Tupperware yang terkena banjir itu semuanya dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan.
masa banjir tupperware semua terkeluar dr rak sbb dh kembang akibat banjir, and than masa kemas semua brg dlm tu semua elok. no wonder ummi tiap bulan beli tupperware pic.twitter.com/Dzl29mA8BN
— 🌙 (@hyedwlrx) December 28, 2021
Melalui perkongsian dari tweet @sya_qiena, tepung-tepung yang diisi dalam Tupperware semuanya terselamat dan tidak ada setitik air pun yang masuk ke dalam bekas tersebut. Memang betul kedap la Tupperware ni!
Mak aku simpan susu tepung dlm tupperware time banjir haritu , and tugas aku adalah mencuci mangkuk2 la en and supprising was TAK MASUK AIR YE BEKAS TU
— Kinah (@sya_qiena) December 28, 2021
Jadi, tak salah la kalau mak-mak kita bising bila cari Tupperware tak jumpa. Barang berkualiti, mestilah sayang kan? Untuk anak-anak di luar sana, kalau tak tahu nak belikan apa untuk bagi hadiah dekat mak, bagi jelah Tupperware ni. Mesti mereka senyum sampai ke telinga!
Kredit: Twitter
