Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

pemandu lori

Trending

Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

Hari ini tersebar video menunjukkan satu kemalangan melibatkan sebuah lori yang hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain. Kejadian itu dirakam seorang wanita yang kemudian mendakwa pemandu lori sedang mabuk.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

Tuduhan wanita yang merakam itu bagaimanapun silap kerana pemandu lori terbabit sebenarnya diserang sakit jantung dan difahamkan telah meninggal dunia. Berikut adalah kenyataan dari pihak polis.

Nafi rakam dan hanya berkongsi video

Akibat dari video yang tersebar itu, netizen mula mencari pemilik video terbabit dan menjumpai satu akaun TikTok yang mula berkongsi video kejadian berkenaan. Orang ramai berasa geram dengan perakam terbabit kerana telah membuat fitnah terhadap pemandu lori yang sedang nazak. Akhirnya pemilik akaun TikTok itu sudah dijumpai dan orang ramai mula mengecam tindakan mereka.

Disebabkan itu, pemilik akaun @mubarakkhan1535 telah tampil menafikan dakwaan bahawa mereka adalah perakam video terbabit. Pasangan suami isteri itu memaklumkan mereka hanya berkongsi semula video kemalangan dari group WhatsApp.

@mubarakkhan1535

tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi

♬ bunyi asal – mubarakkhan1535

Tidak tahu siapa perakam asal

Mereka turut memaklumkan tidak mengeahui sama sekali siapa perakam asal yang melontarkan fitnah ke atas pemandu lori. Bimbang dengan salah faham yang tersebar, mereka kemudian membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

@mubarakkhan1535

Assalamualaikum ni polis reportnya

♬ bunyi asal – mubarakkhan1535

Pasangan itu bagaimanapun turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang berlaku. Ini kerana mereka telah berkongsi sesuatu yang tidak pasti. Berhati-hatilah dalam berkongsi apa sahaja maklumat di sosial media.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas