
Trending
Pasangan Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Di Bilik Air, Tinggalkan 3 Anak
Oleh
Sepasang suami isteri ditemui maut terbaring di dalam bilik air sebuah rumah di tingkat dua pangsapuri lima tingkat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang Cameron Highlands.
BACA: Tiba-Tiba Rebah, Seorang Wanita Maut Ketika Berurusan Dalam Bank
Memetik laporan Bernama, pasangan itu dipercayai terkena renjatan arus elektrik. Berdasarkan siasatan awal, pihak polis menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suami. Suami ketika itu mandi menggunakan pemanas air.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati masih ada arus elektrik di sekitar bilik air. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipanggil untuk mematikan arus elektrik di rumah itu.

Jelas beliau lagi, anak perempuan mangsa sebagai saksi kejadian berkata, ibunya ada meminta tolong daripada bilik air supaya mengambil kayu. Kayu itu dipercayai digunakan sebagai penebat arus elektrik bagi membantu bapanya yang terkena renjatan.
Kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun di situ. Mangsa mempunyai tiga orang anak berusia lingkungan dua hingga 10 tahun.
Ketiga-tiga anak mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tujuan perlindungan dan kebajikan.
Kredit: Bernama | Harian Metro
