Connect with us

Oh! Media

“Pasal Dadah? Tak Perlu Kecoh” – Pekin Ibrahim Gesa Tidak Perlu Aibkan Artis

Trending

“Pasal Dadah? Tak Perlu Kecoh” – Pekin Ibrahim Gesa Tidak Perlu Aibkan Artis

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu melibatkan penyalahgunaan dadah serta pengedaran secara ‘bawah tanah’ berlaku di tanah air.

ADVERTISEMENT

BACA: Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

Hal itu termasuklah golongan selebriti yang sering dikaitkan dengan penggunaan ganja sejak dari dahulu sehingga berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Oleh sebab itu, jika dalam kalangan selebriti yang terlibat, maka media sosial akan dipenuhi akan berita mengenainya sehinggalah kes tersebut reda.

Pekin Ibrahim beri nasihat, jangan aibkan artis

Bagaimanapun, perkara itu seolah-olah tidak dipersetujui oleh beberapa golongan artis mengenai kekecohan berita mengenai selebriti yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Hal itu termasuklah pelakon tanah air, Pekin Ibrahim yang memberikan pendapat peribadi dan menyeru agar isu penyalahgunaan dalam kalangan industri kreatif tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, banyak lagi perkara yang lebih penting yang boleh diperkatakan dalam industri kreatif berbanding masalah mengenai dadah itu.

Saya fikir isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan penggiat seni tidak perlu diperbesarkan. Sendiri boleh fikir, sendiri mahu ingat.

Pada saya, isu penyalahgunaan dadah penat hendak didengari. Dari era 1980-an lagi. Kalau hendak tengok sejarah pun, pasti kita pernah dengar ada artis ‘kantoi’ dadah. Apabila ‘kantoi’ sahaja, kecoh satu Malaysia.

Patut fokus dalam memajukan industri kreatif

Dalam pada itu, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, menyeru agar perkara itu tidak diperbesar-besarkan dan mengakui mereka perlu diberikan peluang kedua.

Jadi, saya fikir macam tak seronok kita memperbesarkan isu ini. Kadang-kadang nasib mereka tidak baik.

Mereka pun perlu diberi peluang kedua untuk mereka bekerja.

Berhubung dengan itu, Pekin juga meminta kepada semua pihak agar terus fokus dalam memajukan industri kreatif tempatan berbanding mengungkit kesalahan orang lain.

Pada masa yang sama, pelakon itu juga turut menitip nasihat agar segala pihak dalam industri ini menjaga prosedur operasi standard (SOP) semasa musim endamik ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas