Connect with us

Oh! Media

‘Paksa’ Abang GrabFood Berbuka Puasa Bersama, Netizen Sebak Dengan Tindakan Lelaki Ini

Befunky collage

Trending

‘Paksa’ Abang GrabFood Berbuka Puasa Bersama, Netizen Sebak Dengan Tindakan Lelaki Ini

Bulan Ramadan menuntut kita melakukan amal kebaikan seperti bersedekah, memperbanyakkan ibadah sunat dan sebagainya. Antara kebaikan yang sangat dituntut untuk dilakukan ialah memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa.

BACA: Seorang Pekerja Dakwa Syarikat Akan Tolak 30 Minit Gaji Mereka Kalau Kerjakan Solat, Betul Ke?

Sengaja pesan makanan ketika hampir masuk waktu berbuka

Peluang ini tidak disia-siakan seorang pengguna di TikTok, Muhd Fareast yang berkongsi rezeki dengan mempelawa seorang ‘rider’ GrabFood untuk berbuka sekali dengannya.

IKLAN
@acak_east Abang GrabFood menitis air mata bila berbuka bulan Ramadhan @mohdhaziqmansor #grabfood #foodpanda #fyp #foryoupage #foryou #ramadhan ♬ Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Menerusi perkongsiannya di TikTok itu, Muhd Fareast menyatakan bahawa meskipun dia tahu azan Maghrib bakal berkumandang, dia sengaja membuat pesanan di saat akhir kerana dia berniat untuk berkongsi rezeki dengan mengajak ‘rider’ GrabFood tersebut untuk berbuka puasa di rumahnya.

Pada mulanya, pelawaan Muhd Fareast itu ditolak ‘rider’ GrabFood tersebut namun selepas berkumandangnya azan, dan terus dipelawa akhirnya dia bersetuju untuk berbuka puasa bersama-sama.

‘Rider’ GrabFood sebak

Screenshot 2022 04 13 at 113435

Melalui hantaran video tersebut, dapat dilihat ‘rider’ tersebut sebak dan bertindak memeluk Muhd Fareast selepas dia memberikan sejumlah wang secara senyap-senyap kepada ‘rider’ tersebut.

Perkongsian video itu mendapat respon dari netizen dan rata-rata mereka memuji tindakan Muhd Fareast itu.

Screenshot 2022 04 13 at 113745
Screenshot 2022 04 13 at 113758
Screenshot 2022 04 13 at 113821

Kami mendoakan agar saudara Muhd Fareast dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Diharapkan juga kita yang menonton dapat menjadikan kebaikan yang ditonjolkan ini sebagai inspirasi kepada kita untuk membuat kebaikan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Kredit: TikTok acak_east

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas