Connect with us

Oh! Media

Seorang Pekerja Dakwa Syarikat Akan Tolak 30 Minit Gaji Mereka Kalau Kerjakan Solat, Betul Ke?

solat

Trending

Seorang Pekerja Dakwa Syarikat Akan Tolak 30 Minit Gaji Mereka Kalau Kerjakan Solat, Betul Ke?

Sebagai seseorang yang beragama Islam, solat merupakan tiang agama untuk setiap umat dan ia merupakan hal wajib yang perlu dilakukan.

ADVERTISEMENT

Biarpun sibuk bekerja di pejabat, pasti pekerja akan mengambil masa untuk meninggalkan kerja yang dilakukan untuk menunaikan solat waktu tanpa dipersoalkan.

Tetapi, lain pula kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter ini, dia memberitahu pihak pengurusannya benarkan mereka untuk menunaikan solat, namun dengan syarat, hanya dibenarkan untuk keluar 30 minit saja.

May be an image of 1 person and text that says 'Tweet Tajudin Fitri Tadi management inform, rule baru kalau nak solat, kena tolak gaji 30minutes, what you will do do if you at my place? 5,291 1,195 11.6K'

Biarpun mengadu dirinya seperti ‘teraniya’, netizen mempunyai pandangan yang berbeza dengan jejaka tersebut.

Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen di dalam ruangan perkongsiaan itu merasakan apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan sememangnya betul dan perlu dilakukan.

komen tiktok

Namun, dalam pada masa yang sama ada juga memberi cadangan kepada pekerja itu untuk pindah tempat bekerja seandainya individu tersebut berasa kurang selesa dengan tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan berkenaan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas